Permudahkan pengurusan dokumen dengan iLovePDF Business

Penyelesaian yang cekap, boleh dipercayai, dan selamat untuk semua keperluan PDF anda – tingkatkan perniagaan anda dengan integrasi PDF dan alat kolaborasi yang lancar.

Hubungi jualan
Perniagaan Perniagaan

Dipercayai oleh syarikat-syarikat terkenal

burberry dior hp linkedin nh philips nestle luxotica oracle samsung toyota starbucks accion europastry galicia lefosse manpower
burberry dior hp linkedin nh philips nestle luxotica oracle samsung toyota starbucks accion europastry galicia lefosse manpower

Dinilai tertinggi untuk antara muka mesra pengguna dan alat PDF yang serba boleh

Pelanggan mempercayai iLovePDF sebagai penyelesaian yang boleh dipercayai, sesuai untuk mengurus aliran kerja perniagaan yang kompleks dengan lancar

Terbaik dari segi kemudahan penggunaan
Terbaik dari segi kemudahan penggunaan
Alatan ringkas yang boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam aliran kerja perniagaan anda.
Capterra, 2026
Paling disyorkan
Paling disyorkan
Disyorkan oleh pasukan yang mendigitalkan dokumen setiap hari.
Software Advice, 2026.
Nilai terbaik
Nilai terbaik
Pengecaman teks pintar yang memanfaatkan setiap halaman sepenuhnya.
Capterra, 2026
Pengguna
Pengguna menyukai kami
Alat PDF yang terus menjadi pilihan pasukan, hari demi hari.
G2, 2026

Platform serba lengkap untuk semua keperluan dokumen anda

Alatan

Satu platform untuk bekerja dengan mudah

Tukar dan Mampatkan Tukar PDF ke dan dari pelbagai format fail (Word, Excel, PowerPoint) dan mampatkan fail tanpa kehilangan kualiti.

Sunting dan Anotasi: Tambahkan teks, imej, anotasi, dan tanda air. Gabung, pecahkan, dan susun semula halaman untuk menyesuaikan dokumen mengikut keperluan anda.

E-Tandatangan: Tandatangan dokumen secara digital dan minta tandatangan daripada orang lain, menyelaraskan proses kelulusan anda.

Mudah

Mengubah produktiviti perniagaan anda

Mudah digunakan: Navigasi dengan lancar melalui antara muka yang bersih dan intuitif, direka untuk kesederhanaan dan kecekapan.

Bekerja dari sebarang peranti—sama ada komputer meja, tablet, atau peranti mudah alih. Ini memastikan pasukan anda dapat mengurus fail PDF dengan lancar, sama ada mereka berada di pejabat, di rumah, atau ketika dalam perjalanan.

Integrasi API: Sambungkan dengan aplikasi lain seperti Odoo, ChatGPT dan WordPress.

Tandatangan yang boleh dipercayai oleh pasukan anda

Tandatangan elektronik canggih (AES): Dapatkan lebih daripada sekadar tandatangan ringkas dengan identiti penandatangan yang disahkan dan dokumen yang membolehkan sebarang pengubahan dikesan, untuk kontrak yang mementingkan bukti.

Sedia untuk eIDAS: Dibangunkan berasaskan piawaian Eropah untuk tandatangan elektronik supaya perjanjian anda diiktiraf di seluruh EU.

Keselamatan

Keselamatan dokumen

Keselamatan Tahap Perusahaan: Lindungi dokumen anda dengan langkah keselamatan yang canggih, termasuk pengesahan berbilang faktor (MFA), log masuk tunggal (SSO), dan penyulitan data.

Pematuhan: Memenuhi piawaian dan peraturan industri, dengan ciri-ciri yang direka untuk menyokong keperluan pematuhan.

SSO
SSO (Log masuk tunggal)
Satu log masuk yang selamat untuk semua, diurus melalui penyedia identiti anda.
Pemprosesan Pukal
Wilayah untuk pemprosesan fail
Pilih tempat fail anda diproses untuk memenuhi keperluan pematuhan anda.
Pengurus Akaun Khusus
Pengurus Akaun Khusus
Sokongan peribadi daripada seseorang yang memahami cara pasukan anda bekerja.
Kontrak khas
Kontrak khas
Terma, pengebilan dan perolehan yang disesuaikan dengan cara syarikat anda membuat pembelian.

Lebih daripada 30 alat untuk mengurus tugas PDF

Edit PDF
Tukar PDF
OCR
e-Tandatangan
Bandingkan
Gabung dan Pecahkan

Sunting teks PDF

  • Ubah teks sedia ada secara langsung dalam PDF tanpa perlu menukarnya kepada format lain untuk penyuntingan.
  • Kemas kini atau betulkan maklumat dengan cepat dan cekap, menjimatkan masa dalam semakan dokumen.
Sunting teks PDF

Tukar PDF dan Office

  • Tukar dokumen PDF ke format Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint serta sebaliknya dengan mudah.
  • Tingkatkan kebolehgunaan dokumen dan fleksibiliti penyuntingan dengan menukar antara format PDF dan Office dengan mudah.
Tukar PDF dan Office

Pengecaman Teks dengan OCR

  • Tukar dokumen yang diimbas dan imej kepada teks yang boleh dicari dan disunting, meningkatkan pengekstrakan data.
  • Tingkatkan aksesibiliti dokumen dengan menukar teks bercetak atau tulisan tangan kepada teks yang boleh dibaca mesin.
Pengecaman Teks dengan OCR

e-Tandatangan

  • Tandatangan dokumen PDF secara digital, mempercepatkan proses tandatangan dan menjadikannya lebih mudah.
  • Pastikan integriti dan keaslian dokumen dengan tandatangan elektronik yang selamat.
e-Tandatangan

Padam dan Bandingkan PDF

  • Hapuskan maklumat sensitif secara kekal daripada PDF untuk melindungi privasi dan kerahsiaan.
  • Kenal pasti dan serlahkan perbezaan antara dua versi PDF, memudahkan proses semakan dokumen.
Padam dan Bandingkan PDF

Anotasi PDF

  • Tambahkan komen, sorotan, dan lakaran pada fail PDF, memudahkan kerjasama dan maklum balas.
  • Gunakan pelbagai alat anotasi untuk menandakan dokumen bagi kejelasan dan meningkatkan komunikasi.
Anotasi PDF

Gabung dan Pecahkan

  • Gabungkan beberapa PDF ke dalam satu dokumen untuk memudahkan pengurusan dan penyusunan.
  • Pecahkan fail PDF yang besar kepada fail yang lebih kecil, menjadikannya lebih mudah diurus dan diedarkan.
Gabung dan Pecahkan

Mengubah aliran kerja dokumen di seluruh dunia

25 teratas

laman web paling banyak dikunjungi di seluruh dunia

16.5 juta

dokumen diproses setiap hari

20 Ribu+

perniagaan yang menggunakan iLovePDF

4.9

di Trustpilot

quote

"iLovePDF telah merevolusikan proses pengurusan dokumen kami. Alat penukaran, pemampatan, dan penyuntingan yang lancar telah menjimatkan kami banyak masa, dan antara muka yang intuitif memudahkan semua ahli pasukan kami untuk menggunakannya. Kini kami dapat mengurus semua keperluan dokumen di satu tempat, yang dengan ketara meningkatkan kecekapan aliran kerja kami. Saya sangat mengesyorkan iLovePDF untuk mana-mana perniagaan yang ingin menyelaraskan tugas dokumen mereka!”

Tristan Lecrivain

Ketua Jualan Serantau di Saab

Direka untuk perusahaan

Menyelaraskan aliran kerja
  • Proses fail secara pukal bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan.
  • Integrasikan dengan Google Drive dan Dropbox untuk produktiviti yang lancar.
Optimumkan kerja dengan Ai
  • Ekstrak teks daripada fail yang diimbas menggunakan OCR berkuasa AI.
  • Automatikkan tugas dan tingkatkan hasil dengan alat berasaskan AI.
Keselamatan tahap perusahaan
  • Lindungi data dengan penyulitan komprehensif.
  • Terjemah, ringkaskan dan tukar kepada Markdown, semuanya dengan satu set kredit AI
Sokongan dan pelayan berdedikasi
  • Sokongan peribadi daripada pengurus khusus.
  • Penyediaan teknikal disesuaikan mengikut keperluan perniagaan anda.
Pengurusan pasukan dan kebenaran
  • Urus peranan dan kebenaran melalui papan pemuka pusat.
  • Kongsi logo, templat, dan bahan penjenamaan secara konsisten.
Automatikkan aliran kerja dengan API
  • Integrasi mudah dengan panduan dan contoh.
  • Automatikkan tugas yang dicetuskan oleh peristiwa dokumen.

Ketahui bagaimana iLovePDF mempermudahkan pengurusan dokumen untuk sektor perniagaan anda

Sumber Manusia
Perundangan
Kewangan
Hartanah
Insurans
Penjagaan Kesihatan

Sumber Manusia

  • Pengurusan Dokumen: Profesional Sumber Manusia sering mengurus sejumlah besar dokumen seperti resume, kontrak, dan rekod pekerja. iLovePDF membolehkan penggabungan, pemecahan, dan anotasi PDF dengan mudah, sekaligus menyelaraskan proses pengurusan dokumen.
  • e-Tandatangan: Ciri e-Tandatangan mempermudahkan proses pengambilan pekerja dengan membolehkan tandatangan elektronik yang pantas dan selamat untuk kontrak pekerjaan dan dokumen berkaitan Sumber Manusia yang lain.
Sumber Manusia

Industri Perundangan

  • Padam dan Bandingkan: Peguam sering bekerja dengan maklumat sensitif. Alat pemadaman iLovePDF membantu menghapuskan data sulit dengan selamat, sementara ciri perbandingan memudahkan untuk mengenal pasti perubahan antara versi dokumen undang-undang yang berbeza.
  • OCR dan Penyuntingan Teks: Profesional perundangan boleh menggunakan OCR untuk menukar dokumen yang diimbas kepada teks boleh disunting, memudahkan penyuntingan dan pencarian dalam jumlah teks perundangan yang besar.
Industri Perundangan

Perkhidmatan Kewangan

  • Penukaran dan Pengarkiban: Penganalisis kewangan dan akauntan sering perlu menukar laporan kewangan dan penyata antara PDF dan Excel untuk analisis. Penukaran PDF/A memastikan bahawa dokumen-dokumen ini diarkibkan dalam format yang mematuhi peraturan dan boleh diakses.
  • Keselamatan dan Kerahsiaan: Ciri pemadaman memastikan maklumat kewangan sensitif kekal sulit, dan alat e-Tandatangan memudahkan proses tandatangan yang selamat untuk perjanjian kewangan.
Perkhidmatan Kewangan

Hartanah

  • e-Tandatangan dan Pengurusan Dokumen: Ejen hartanah boleh mempercepatkan proses penandatanganan kontrak dan perjanjian dengan ciri e-Tandatangan. Penggabungan, pemecahan, dan anotasi PDF membantu dalam mengurus dokumen hartanah dengan cekap.
  • Padam Maklumat: Padamkan maklumat peribadi dengan selamat daripada dokumen sebelum berkongsi dengann bakal pembeli atau penyewa, memastikan pematuhan terhadap peraturan privasi.
Hartanah

Insurans

  • Pemprosesan tuntutan dan polisi: Syarikat insurans mengendalikan aliran borang tuntutan, dokumen polisi dan bukti sokongan yang berterusan. OCR menukar borang yang diimbas dan dokumen yang diambil gambarnya menjadi teks yang boleh dicari, manakala penggabungan dan pemisahan memastikan setiap fail tuntutan kekal teratur dari pemberitahuan awal hingga penyelesaian.
  • e-Tandatangan dan kerahsiaan: Ciri e-Tandatangan mempercepat pembaharuan polisi dan penyelesaian tuntutan melalui penandatanganan elektronik yang selamat. Pemadaman maklumat sulit menyingkirkan data peribadi dan perubatan sebelum fail dikongsi dengan broker, pelaras kerugian atau pihak ketiga, sekali gus menyokong pematuhan terhadap peraturan privasi.
Insurans

Penjagaan Kesihatan

  • Pengurusan Rekod Pesakit: Profesional kesihatan mengurus sejumlah besar data pesakit, dari sejarah perubatan hingga keputusan makmal. iLovePDF membolehkan penggabungan, pemecahan, dan penyusunan dokumen dengan mudah untuk mengekalkan rekod yang tepat dan terkini.
  • Keselamatan Data & Pematuhan: Alat pemadaman iLovePDF membantu menghapuskan maklumat sensitif pesakit daripada dokumen sebelum dikongsi, memastikan pematuhan dengan peraturan privasi penjagaan kesihatan seperti HIPAA.
Penjagaan Kesihatan

Rakan teknologi kami

Penyuntingan PDF Lanjutan
Google Workspace
Import dan eksport fail terus daripada Google Drive, menjadikannya mudah untuk mengurus dokumen anda dalam Google Workspace anda.
Penyuntingan PDF Lanjutan
Dropbox
Akses dan simpan fail PDF anda dengan lancar ke dan dari Dropbox, memastikan dokumen anda sentiasa disegerakkan di semua peranti.
Penyuntingan PDF Lanjutan
Auth0
Sambungkan dengan integrasi SSO kami, menyediakan akses yang selamat dengan membolehkan pekerja menggunakan satu set kelayakan untuk pelbagai alat syarikat.
Penyuntingan PDF Lanjutan
Zapier
Automatikkan aliran kerja PDF anda dengan menghubungkan iLovePDF kepada ribuan aplikasi lain melalui Zapier, yang membolehkan automasi tersuai tanpa memerlukan sebarang pengaturcaraan.
Penyuntingan PDF Lanjutan
WordPress
Tambahkan plugin ke WordPress untuk memudahkan penyematan dan perkongsian PDF di laman web anda, sekaligus meningkatkan pengurusan kandungan dan penyampaian.
Penyuntingan PDF Lanjutan
Power Automate
Hubungkan iLovePDF dengan aplikasi Microsoft untuk menyelaraskan tugas seperti penukaran, mampatan, dan tandatangan PDF—semuanya tanpa usaha manual.

Dokumen anda layak mendapat perlindungan terbaik

Keselamatan

Ketahui bagaimana kami memprioritaskan privasi dan keselamatan data anda




Ketahui lebih lanjut

Mula gunakan iLovePDF hari ini

macOS
Menyokong macOS 12 atau lebih baru
macOS
Windows
Menyokong Windows 10 atau lebih baru
Microsoft Store
iOS
Menyokong iOS 18.6 atau lebih baru
iOS
Android
Menyokong Android 8.0 atau lebih baru
Android

Mari cari pelan yang sesuai untuk pasukan anda

Satu platform untuk setiap aliran kerja PDF dalam organisasi anda, dengan keselamatan, pilihan pelaksanaan dan terma perolehan yang diperlukan oleh pasukan perusahaan.

  • Harga pukal yang disesuaikan dengan bilangan kakitangan anda
  • Pelaksanaan melalui web, mudah alih atau desktop, pilihan di tangan anda
  • SSO, kontrak tersuai & pengurus akaun khusus

Dipercayai oleh ribuan syarikat.


Dengan menghantar, anda bersetuju dengan Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan iLovePDF

  • Soalan-soalan lazim tentang iLovePDF Business
Woops! Sesuatu tidak kena dengan sambungan internet anda...